Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Tuesday, June 4, 2013

chicken pox.part 2

Assalamualaikum readers!

Cacar air part 2 ni, aku nak bg tau yang terdapat perbezaan bile mangsanya adalah kanak2 dan orang dewasa. kanak2 ni, sikit je.. tak semua tempat kena.. saiz cacar air tu pon kecik..berbanding orang dewasa....yang dah makan macam2 jenis makanan....kalau yg sehat takpe....kalau dah makanan merepek2 tu, memang berbisa! Saiz cacar air pon besar! Cacar air.....hehee...

PANTANG!! yes, memang kena jage..
Doc pesan, JANGAN makan seafood, termasuk ikan..
ayam boleh.. tapi kalau boleh, takyah la makan apa2 makanan berdaging...
.makan sayur banyak2, minum air 6L sehari..

satu hari aku makan ikan bawal je.. Malam tu abis la.. gatal gile tak boleh tidur.. tapi mengantuk tak boleh nak tahan, tertidur akhirnye...wek3!!


nak garu laju2 kopeng kat muke! (TAK BOLEH)

Sekian~~~

Saturday, June 1, 2013

Chicken Pox!!

Assalamualaikum semua.

Sekarang jam 1.56 am. Saya masih pakai spek. Maksudnya saya taknak tidur lagi.
Saya mahu menulis. Thesis tak siap lagi, tapi sibuk nak blogging. Whatever! ngeh3...

Dah seminggu tak dapat rasa mcm ni...mengadap laptop!! gara-gara chicken pox~~
Saya terima dgn redha dugaan yang berat ni. Kenapa berat???? chicken pox yg kena pada budak kecik dgn budak besar lain penangannya. Ya Allah..aku demam menggigil2 5 hari. hari ni baru stop demam. Badan gatal gile2........nasib baik dah besar, boleh psycho diri sendiri, ye dak?? kalau budak kecik mmg dah berdarah badan.. kesian anak buah aku, garu sampai darah...pastu muke dah macam alien..aku tgk anak buah aku seketul dua je kat muke...tapi aku......seluruh muke....geli nak cuci...

Pastu ape lagi nak buat kat rumah...baring je keje aku...perap dalam bilik sebab....... 1- duduk dlm ekon. sejuk, tak gatal...2-boleh bukak baju ler...kalau pakai baju lg gatal. 3- semua orang lari kalau aku keluar bilik.

SADIS tuan badan.......

Tadi aku kena jugak keluar rumah kejap. sebab vaucher buku BR1M ari ni last. Terpaksa aku membawa muka yang penuh dengan bintat2 hitam ni menjenguk dunia luar. Memang rasa nak pakai purdah time ni. Takut orang cakap aku alien. tapi sampai2 Jusco, takde orang tengok aku pon...x feymes..hehe...ade jugak la diorang tengok. mungkin diorang cakap 'banyak gile jerawat batu budak ni'....

dan....aku pon pulang setelah dapat cari beberapa buku...balik dengan lemah gemalai....yela, aku masih sakit maa...k bye.

Wednesday, June 23, 2010

Smile Makes u Happy

If you have a serious face, you have to use 64 muscles on your lips. And if you smile, only 10 of your lips muscle is used. Small effort and you could take an advantage from that.

When you start smiling,
Your cheek will send messages to your brain.
At the same time, happiness hormones spreads and it will stop the production of stress hormones like cortisol and adrenalin.
It also triggers your immunity system which strengthen your body and produce antibody.

You don't have to worry if your smile is only to make others happy and not from your heart. The interesting fact is that your brain can't identify what kind of smile you've made. It means that a big smile is always a good one since happiness hormones will always be spreaded. What is the easiest thing to start a smile? You can try this tip.

tiPs ....

  • Try to look at your face in a mirror for a couple seconds. You will smile or even laugh after a while, laughing at yourself. By then, you should feel the happiness hormones spread out from your body.


So, what are you waiting for, try it and be happy. :)

Tuesday, June 22, 2010

Masalah Angin Dalam Perut

Saya memang selalu menghadapi masalah angin dalam perut. Memang sangat menggangu emosi sy la..huhu..Mane x nye..bangun je dari tido, terus kembung perut..kadang-kadang teruk..kadang2 biase je...selalu nya mmg pagi2 kene sapu minyak angin dulu kt perut...hehe...sian kan? So, sy pun ade wat research sket2 tentang masalah angin ni..


Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu masalah kesihatan yang luar biasa, berlainan keadaan individu lain yang sentiasa bimbang dan risau. Ada kalanya kebimbangan ini menyebabkan seseorang berasa tidak selesa atau malu terutamanya apabila berada di majlis-majlis tertentu kerana ia mengganggu aktiviti seharian. Macam hari tu, sy nk pegi dinner yg dianjurkan oleh pihak universiti. so, untuk lunch, sy mkn sket je..hm, mlm tu, siap cantik2, last2 perut masuk angin...Tuhan je tahu...mmg xleh nk masuk mknn2 tu...rugi je.. :(


Kemungkinan gejala yang dialami antara seorang individu dengan individu serupa, tetapi punca sebenar masalah itu terjadi adalah berbeza.


Pakar Perunding Gastroenterologi, Fakulti Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Aminuddin Ahmad menjelaskan, dalam keadaan normal gas atau angin sememangnya terdapat dalam saluran gastrousus seperti esofagus, perut, usus kecil dan usus besar.


Beliau memberitahu, kebanyakan individu menghasilkan antara satu hingga tiga pain angin sehari dan mengeluarkannya semula dengan anggaran 14 kali dalam sehari.


Menurutnya, terdapat bakteria dalam usus yang membantu menghasil dan mengurangkan angin.

"Hubungan rapat antara dua kumpulan bakteria inilah yang menentukan jumlah angin yang terdapat
dalam saluran gastrousus seseorang individu,'' katanya. Cara bakteria ini mengurangkan gas ialah dengan meresapkan gas hidrogen di dalam usus.


Beliau memberitahu, angin dalam perut yang dihidapi kebanyakan individu berpunca daripada dua sumber utama iaitu:

* Udara yang ditelan iaitu apabila seseorang dalam keadaan tertekan atau stress akan lebih kerap menelan udara tanpa disedari.


* Proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar pada makanan yang tidak dihadam. Gas dihasilkan terutamanya dari seperti karbon dioksida, oksigen, nitrogen dan ada kalanya methane.

AEROFAGIA (menelan udara)

Aerofagia atau menelan udara merupakan punca utama bagi masalah angin berada dalam perut.
Semasa makan dan minum, setiap individu pasti menelan sedikit udara.

Selain itu tabiat makan atau minum dengan cepat, mengunyah gula-gula getah, merokok dan gigi palsu yang onggar boleh menyebabkan seseorang menelan lebih banyak udara.


Bagaimanapun kebanyakan individu mengeluarkan udara yang terdapat dalam perut ini melalui sendawa (burping) dan belching. Sebahagian besar daripada udara yang ditelan mengandungi oksigen, nitrogen dan karbon dioksida.



Sebahagian gas yang ditelan ini bergerak ke usus kecil dan sebahagiannya akan diserap, manakala setengahnya pula bergerak ke usus besar dan dikeluarkan melalui rectum sebagai kentut.


Penghancuran Makanan Oleh Bakteria

Sesetengah karbohidrat seperti gula, kanji dan serat dalam usus kecil tidak dapat menyerap atau menghadamnya kerana kekurangan atau tiada enzim tertentu.


Makanan yang tidak dihadam ini bergerak dari usus kecil masuk ke dalam usus besar di mana bakteria akan menghancurkan makanan tersebut. Makanan-makanan ini akan mengeluarkan gas hidrogen, karbon dioksida disamping menghasilkan gas methane. Bagaimanapun kesemua gas ini akan dikeluarkan melalui rektum.


Gejala
Walaupun hanya sebahagian individu yang mengalami masalah ini, penyakit angin gejala gas yang kerap dialami ialah dalam bentuk:


1. Sendawa

2. Kentut

3. Kembung perut atau abdomen

4. Sakit abdomen (perut)


Sendawa
Apabila perut penuh dengan makanan, gas akan dikeluarkan melalui sendawa yang kadangkala berlaku semasa atau selepas makan.


Bagaimanapun mereka yang kerap sendawa biasanya banyak menelan udara dan mengeluarkannya sebelum ia sempat masuk ke dalam perut.


Kebanyakan individu yang sendawa biasanya mengalami masalah saluran gastrousus bahagian atas seperti ulser peptik, penyakit esofagitis dan gastritis.


Dua sindrom kronik yang jarang berlaku, tetapi berkaitan dengan sendawa kronik ialah :


* Sindrom meganblas

Keadaan ini menyebabkan gejala sendawa yang kronik kerana terlalu banyak menelan udara. Ini kerana tabiat makan yang banyak menyebabkan terhasilnya gelembung udara.

Kesannya seseorang akan berasa kembung dan rasa penuh pada perut serta sukar untuk ber-nafas.

* Sindrom kembung angin

Keadaan ini boleh berlaku selepas pembedahan penyakit esofagitis refluks. Pembedahan yang dilaku menyebabkan injap sehala berlaku di antara perut dan esofagus. Ini menyebabkan angin memasuki perut, tetapi menghalang sendawa yang normal dan rasa ingin muntah.


Kentut
Gejala yang paling kerap berlaku ialah pengeluaran angin yang terlalu banyak melalui dubur. Pengeluaran angin yang terlalu banyak ini disebabkan karbohidrat tidak dapat diserap atau aktiviti bakteria di kolon.


Bagaimanapun pengeluaran angin melalui dubur berlaku antara 14 hingga 23 kali sehari masih dianggap normal.


Kembung Perut

Ramai beranggapan kembung perut disebabkan terlalu banyak angin di dalam perut. Sebaliknya mereka yang mengalami gejala ini biasanya mempunyai kandungan dan penyebaran angin yang normal.


Kebanyakan pakar perubatan mempercayai, kembung perut biasanya disebabkan gangguan perjalanan usus yang dikenali sebagai sindrom rengsa usus (irritable bowel syndrome).


Gangguan perjalanan usus dicirikan dengan keadaan di mana pergerakan dan pengecutan otot usus terganggu. Sehubungan itu, kehadiran angin dalam usus menyebabkan ia menjadi terlalu sensitif kerana keadaan ini sering disalahtafsirkan sebagai kembung perut.


Selain itu keadaan atau penyakit yang menyebabkan penyumbatan usus seperti penyakit Crohn's atau kanser kolon boleh menyebabkan kembung pada abdomen.


Pesakit yang terlalu banyak menjalani pembedahan, parut pada tisu dalam abdomen boleh menimbulkan gejala kembung dan kesakitan. Mereka yang makan makanan yang mengandungi banyak lemak akan melambatkan proses pengosongan perut dan menyebabkan perut rasa kembung. Bagaimanapun, ketidakselesaan yang dialami oleh pesakit tidak semestinya kerana terlalu banyak angin.


Sakit Abdomen (Perut)


Pesakit mengalami rasa ketidakselesaan apabila angin berkumpul dalam usus. Pengumpulan angin pada bahagian kiri abdomen menyerupai serangan sakit jantung.


Sebaliknya, sekiranya angin berkumpul pada bahagian kanan, kesakitan yang dirasai seolah-olah penyakit batu hempedu atau apendisitis.


RAWATAN

* Menukar jenis pemakanan

* Makan ubat

* Kurangkan menelan udara


a. Menukar jenis makanan

Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Pesakit perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini melalui pengalaman yang dilalui. Sekiranya makanan tersebut telah dapat dikenalpasti, hindarkan makanan tersebut.


b. Ubat-ubatan

Ubat-ubatan seperti antasids, simethicone dan activated charcoal yang boleh didapati di farmasi-farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin ini. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang makan makanan yang biasanya menghasilkan angin.

c. Kurangkan menelan udara

Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap semasa
makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doctor gigi untuk memastikan dentur tersebut sesuai dipakai.


MAKANAN YANG MENGHASILKAN ANGIN


Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin.


* Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis.


* Laktos ialah gula semulajadi yang terdapat pada susu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.

* Fruktos banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.


* Sorbitol diperolehi secara semulajadi daripada buah-buahan termasuk epal, pir, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah.


* Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung, gandum di mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar. Beras merupakan satu-satunya makanan berkanji yang tidak menghasilkan angin.


* Seserat (fiber) yang mudah larut dalam air dan bertukar menjadi tekstur menyerupai gel di dalam usus. Ia terdapat dalam kacang, oat, bran, kacang panggang dan kebanyakan buah-buahan. Seserat larut ini tidak dihancurkan sehinggalah ia sampai ke usus besar di mana proses penghadaman bermula dan angin dikeluarkan. Manakala seserat tidak larut melalui usus tanpa sebarang perubahan dan tidak banyak menghasilkan angin.

- Oleh Najibah Hassan


klik la ads ni lepas baca entri...hehe