Thursday, December 3, 2009

kasih ibu dan ayah

bismillahirrahmanirrahim~

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana telah memberikan kita hidup di dunia yg diciptakan Nya. Hadir nya kita di dunia ini atas kehendak Nya, Dia beri kita ibu dan ayah, yang membawa kita ke dunia ini. 9 bulan berada di dalam perut ibu, ibu menjaga kita dengan hebat sekali. Berhati-hati tika berjalan, makan makanan yg sihat, supaya anak yg dikandungnya sihat dan cerdas. Ibu bersusah payah melahirkan kita, menanggung kesakitan berjam-jam lamanya ketika hendak melahirkan satu nyawa yg sangat berharga buat dirinya. Atas kasih sayangnya, kita dilahirkan sebagai seorang manusia yg diharapkan menjadi insan yg berguna. Lalu, kita dibesarkan dengan layanan istemewa oleh ibu dan ayah. seekor nyamuk pun tidak dibenarkan hinggap ketika kita masih bayi lg. Tidur malam nya tidak pernah nyenyak untuk memastikan anak nya yg masih kecil itu tidur dalam keadaan selesa dan tidak lapar.

A..B..C...setiap huruf diajar kepada anaknya itu. Setiap benda di sekelilingnya ditunjukkan kepada anaknya, iaitu 'kita'. dan kita semakin membesar dan disekolahkan. Anak itu sering bertanya pd ibu dan ayah tentang pelbagai soalan. Kadang-kadang, pening untuk menjawabnya, tetapi mereka tetap sabar menjawab..

Dan kini, anak itu sudah remaja. Pada peringkat usia ni, kita sudah mampu berfikir dan dapat membezakan yang mana baik, yang mana buruk serta banyak bermain dengan emosi. Akal kita sangat kreatif, banyak berfikir dan sentiasa sensitif dengan keadaan sekeliling. Tetapi...kadang kala kita terjerat dengan pemikiran atau tindakan kita sendiri. Kita tidak dapat membuat keputusan rasional untuk diri sendiri. Kita mahu apa yang kita mahu, dengan hanya menggunakan hati untuk bertindak dan mengetepikan satu anugerah yang sangat berharga, iaitu akal fikiran.

Tidak sedar dengan tindakan itu, kita terus melayan perasaan yang dianggap yang terbaik untuk diri kita. Saat ini, di mana ibu dan ayah? ooo...aku dah besar..tak perlu tunjuk ajar daripada mereka lagi. Aku sudah mampu berfikir... Kenapa mereka selalu membebel? kenapa selalu memarahi aku? kenapa masih mengongkong aku?? aku sudah dewasa, bukan budak kecil yang mereka perlu pimpin tangan. Setiap kata-kata yang menghalang perbuatan remaja itu dianggap sebagai musuh ketat. Dalam dunia ini, hanya kawan-kawan yang benar-benar memahami. Benarkah?? sedangkan.......

Pada ketika itu, kita ditimpa satu musibah yang kadang kala kita tidak sedar ia buruk untuk kita. Ya Tuhan...di mana kawan-kawan ku? yang selalu di samping ku ketika seronok itu?? hilang... Tetapi, ibu dan ayah tetap beri sokongan kepada aku. Kenapa mereka begitu? kenapa mereka tidak membenci aku walau sejuta kesalahan telah aku lakukan terhadap mereka. Ibu...ayah... adakah kamu masih sayang dengan anak mu ini? adakah kamu tidak terasa hati dengan segala perbuatan ku, yang kadang kala memalukan kamu, ibu dan ayah. ya Allah....

Kini aku sedar betapa hebatnya kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya...betapa dalamnya cinta seorang ayah terhadap anaknya. Setinggi mana kita berada, sejauh mana kita pergi, ingatlah bahawa kita punya ibu dan ayah yang perlu diohormati dan disanjungi. Ada di antara kita sudah tiada ibu bapa, samada pergi buat sementara waktu atau yang telah pergi buat selama-lamanya. Tidak dapat lagi untuk merasakan kasih sayang ibu bapa mereka, dan sanggup berusaha bersungguh untuk mencari ibu bapa mereka yang hilang, demi mencapai hasrat sekeping hati yang kosong, yang sepi tanpa kasih sayang ibu dan ayah kandung mereka.

Kadang kala kita tidak hargai atas kehadirannya. Pabila dia pergi, baru lah kita sedarinya. Tetapi penyesalan itu tidak pernah salah, jika kita tahu untuk berubah. Dan................damba lah cinta Pencipta kita...Allah s.w.t kerana tanpa cintaNya, kita akan hilang arah dan tuju.


Damba Cinta-Mu
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah, kejahilan hambaMu
Kusering melanggar laranganmu dalam sedar ataupun tidak
Kusering meninggalkan suruhanMu walau sedar aku milikMu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini Yang mendamba cintaMu
Aku lemah Aku jahil tanpa pimpinan dariMu

Ku sering depanMu
Sering jua kumemungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Oh Tuhanku, kau pimpilah diri ini yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan dari mu
Kau Pengasih Kau penyayang Kau Pengampun kepada hamba-hambamu
Selangkah ku kepadaMu Seribu Langkah kau padaku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku snaggup kenerakaMu

Kutakut kepadaMu
Kuharap jua padaMu
Mogaku kan selamat dunia akhirat seperti rasul dan sahabat

klik la ads ni lepas baca entri...hehe