Wednesday, June 5, 2013

Sabah Trip Day 3-5

Sambungan kpd entry lepas..

DAY 3 : 

Island hopping-Sapi, Manukan, Mamutik.
Island hopping kena pegi pagi2. pukul 9 dah ada kat jeti. Name tourguide utk island hopping ni, abg sepol & abg rem. 1st experience snorkeling!!! wahaha...mati2 aku taknak..last2 berjaya dipujuk abg sepol...dan tiga2 pulau tu aku snorkeling...best gileeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!! experiences yg takkan kulupakan...cewahhh!!
pegang gamat, nemo, n seb baek tak jumpe ank jerung...takut aku!

Enjoy the pics!!





tak tau ape pakcik tu buat. buang air kot.. =P


vro0oom!!


us! 3 org kt belakang tu je.. yg lain2 x kenal...


3 pulau. Sapi, manukan, mamutik












1k/night... phewww!






us....wana, ct & me




tak sabau nak snorkeling.. ;)





best tak, best tak?? kalau best, sile pegi....very2 recommended...pukul 5 sampai jeti semula...dah la baju spare tak bawak.. sebab aku mmg tak nak snorkeling. selepas dipakse, mmg aku balik dengan baju basah2...dgn tak tuka baju, kiteorg terus gerak ke Kundasang............


Kundasang. National Kinabalu Park.
Jalan ke Kundasang memang sangatla berliku2. pukul 6 dah halfway and start gelap. takuuuut sangat, i told u! tak nampak jalan. Jalan penuh kabus. berpandukan gps, aku bgtau driver (wana) bile masa nk belok kiri, belok kanan. bawak slow gilee...tak nampak. bile takde kabus, pecut sket...bile de kabus, slow. menggigil sejuk gile. ct kat belakang dah sakit2 kepala, terus tido! haha..sabar je la..

Cari punya cari Kinabalu Mountain Lodge. Kiteorg terlepas masuk dlm Kinabalu Park area. Kat situ macam dalam hutan yg ada kafe dan hotel2 kecik. Jalan one way, silap masuk. Jalan gelap gile! Nak teruskan atau patah balik?? if teruskan, taktau apa ada kat depan. kiri kanan hutan. Kiteorang decide nak u-turn. U-turn mmg tak lepas. So, aku & ct turun. Tengok lepas/tak. aku memang dah menggigil kesejukan & ketakutan. Da macam cerita hantu lak..hahaha...takde2...Lepas je dapat buat u-turn, patah balik jumpe guard. Rupa2 nya salah tempat... Cari2 lagi, tanya orang, jumpa la....Nak pegi kat hotel kiteorang ni, kena naik bukit, gune gear 1&2 je. Serammmm.....


DAY 4 :

Kinabalu Mountain Lodge (Kundasang).
Bangun2 pagi tak sabar nak cabut. Sebab kiteorang kurang selesa dgn tempat ni. RM90/night. Not recommended to Muslim sebab penjaga tempat ni bela anjing. Tapi view pagi memang cantik! i likeeee.

ni la Kinabalu Mountain Lodge. View pagi...




ni la jalan balik dr Kinabalu Mountain Lodge. Curam! Jage2, ada anjing. Sila tutup tingkap anda kerana anjing ni kejar.


National Kinabalu Park.
Terus menuju tempat kiteorang sesat semalam. Ada platform utk ambil gambar gunung Kinabalu. Tapi time kiteorang pegi, kabus dah naik atas. So, tak nampak puncak nya. Nampak Kaki die jadi la...kih3...

So, belakang aku ni sepatutnya boleh nampak puncak gunung kinabalu. Unfortunately, we were late!



Wana & ct


Nice view. Subhanallah!

Desa Dairy Farm.
Must go place. Selepas bergambar2 dengan gunung kinabalu, cewahhh, kiteorang pegi Desa Dairy Farm, atas sikit dari Kundasang. Dlm 1/2 hour kot. Jalan berbatu2 dan berbukit2. Harap bersabar ye! hehehe...
Sini sangat cantik walaupon banyak lalat...biasa la, tempat lembu......lalala..


jalan ke Desa Dairy Farm. Cerun curam...




Cantik tak? area dairy farm ni..


amik kau...tengok lembu puas2!


dah macam kat new zealand. kagum jap, Malaysia pon ade la..


kalau nak susu lembu, jangan pegi perah sendiri! g beli je kat kedai kat situ...hehe...sodap! Susu coklat je la aku minum. takdo nyo aku nak minum susu putih...


gossip la tu...!




tunggu utk diperah...kesian lembu2 ni..lame diorg tunggu kat sini sebelum diperah sambil diberi makan.


tunggu la kome lame2...


sembang2 la dulu...buat ape termenung je...huh!



tak sabo sabo


ha, makan, makan...sambil tu aku perah dulu susu kau ye...hehe

Rumah terbalik.
On the way dari Kundasang ke Kota Kinabalu, kiteorg singgah kat rumah terbalik. RM10/entry. Bagi aku, tak yah pegi pon takpe. takde ape sangat pon. Private punya ni. tak boleh ambil gambar dalam rumah terbalik tu. So, masuk je, tengok2, dan keluar. Dapatla air free satu. minum kat kafe die. Orang yg jage dalam rumah tu pon tak mesra... So, not so recommended. kalau nak tengok jugak, tengok je gambar yg aku dah snap ni... hehehe...






Kancil menjadi mangsa.

Promenade Service Apartment.
Sampai Kota Kinabalu, kiteorang terus check in di Promenade Service Apartment. Dekat je dengan Pasar Phillipines tu... Tempat ni macam apartment atas kedai2. Nak naik kat tempat check in (tak tau nak cakap lobby ke ape), agak tak brapa ok..tak macam hotel la..Memang macam apartment. Tapi bukan la 1 apartment. Dia bilik2. n bilik die sangat ok... sangat worth it dgn harga RM90/night. Bilik besar dan selesa. Siap ada dapur untuk masak2 lagi. Yg ni aku recommend. Hehe. Senang cari makan.

Malam tu aku & ct jalan pegi pasar philipine lg skali. borong gelang. tengok2 sebelah pasar tu ada pasar malam. apa lagi, redah la...rupe2nya kat pasar malam tu harga gelang sangat murah berbanding pasar phillipine and byk pilihan. tshirt2 pon murah. rugi tak terjah situ dulu sebelum psr phillipine. Anyway, malam yg best! Ct borong abis tshirt i love Sabah.. hehe.. siap kena ngorat lagi...


DAY 5 :

Pantai Tanjung Aru.

Checked out. Breakfast kat kedai mamak bawah tu.. makan pon dah tak lalu sebab tak sabar nak balik KL, jumpa cinta hati...hahaha...sebelum sampai airport, singgah dlu pantai tanjung aru. cantik gile!! tapi sempat beberapa minit je, sebab mase dah tak cukup.






 
tak tau buah ape aku pegang.


Ada tourist yang offer nak tolong ambil gambar lompat kiteorang. Tq Madam.


end of my Sabah journey~

No comments:

Post a Comment

klik la ads ni lepas baca entri...hehe