Saturday, July 24, 2010

handsock @ stongan

Hai semua..byk baju lengan pendek x? Tp kite kena tutup aurat kn.. sy pun byk blaus lengan pendek..utk memudahkan semua, sy ada jual handsock yang diperbuat drpd kain cotton (kain tshirt)..
x ketat sgt. nmpk smart.

  
Available colour : white & black
Fabric : Cotton
price for 1 pair : 
Black - RM 8 (+post = RM11)
White - RM 10 (+post = RM13)
Price diff. due to fabric material
Measurement : panjang - 46.5cm, ukur lilit lengan - 24cm


 
tengok, blaus lengan pendek pun boleh dipakai nk jln2..hehe..
saye (yg paling kiri) pakai handsock kaler hitam.. :)


handsock kaler putih lak.. :b

utk beli, email me at emaa87@gmail.com
terima kasih~

Tuesday, July 6, 2010

menu f0r today~

halu...assalamualaikum...

hari ni rajin la pulak nk masak..ups, bkn rajin..tp KENA masak..xkn nk mkn megi je dok umh kn..ish, ank dara ape la..hehe...so, menu hari ni ialah sambal udang, telur berlauk & cendawan goreng tepung.

tak reti la nk masak lauk2 yg ade santan2 ni...cam kari ke, masak lemak ke...ish, xreti....camni pun ok la kn? jadi la...layan je~

Hasil nye...........


Ni sebenarnya nk buat telur bungkus..tapi, tym ni guna kuali yang x melekat tu...so, susah nk wat..So, letak lauk je atas telur ni..camne eh nk wat? simple gile, maen hentam je...hihi..tp dah nampak cam pizza kn..kalau ummi saya balik, bukak tudung saji, mesti terkejut, eh, anak aku wat pizza ke...hehe..no no no...telur je.. :P

lauk/inti :
kentang potong dadu, 
bawang besar potong dadu, 
kacang buncis potong pendek2, 
carrot potong dadu & 
brokoli potong nipis2...
Tumis semua ni sampai semuanya lembut, then letak sos tiram & garam. Tutup api.

Telur lak wat cam telur dadar, masak atas kuali flat..mase die x kering lagi (berair), letak lauk2 ni atas telur tu..[supaya lauk melekat ngan telur tu ] --> setel da... :)
dan tunggu sampai masak.


Gamba atas ni cendawan goreng tepung...ups...ade sedikit hangit la..hihi....pape pn, rase die tetap same..sedap... :P

(sori, gamba ni kurang menarik kaler die....tp btol2, nmpk menyelerakan tau...merah je...hihihi..)

Sunday, July 4, 2010

Qarin


Awak semua pernah dengar tentang qarin? kalau dah tau, bgs la...sy baru je tau...hihi...sape2 yg x tau lg, leh la bace entri kali ni....tentang qarin~

Qarin adalah
jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Friday, July 2, 2010

ku mahu tahu hatimu

Aku teringat senyuman itu
Saat kita gembira, kau beri aku sinar
Saat kau ucapkan kata-kata manis
Buat ku rasa bahagia.



Tapi mengapa kini air mata ini berlinang
Mengapa cinta harus begini
Biarkan kesedihan meresap ke jiwaku
Apakah yang kau rasa

Tika ini saat kita bersendirian
Apakah yang kau fikirkan
Aku sangat mahu tahu hatimu
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku

Aku mahu tahu hatimu
Benarkah itu cinta?

Sentuhlah hatiku
Agar aku juga dapat mengerti hatimu
Tunjukkan lah yang kau benar-benar sayang padaku
Hari ini, esok, dan selamanya



klik la ads ni lepas baca entri...hehe